We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Saturday, September 15, 2012

Kata-kata Peransang Buat Warga Pendidik....

 "Bad Teacher complains, Good Teacher explains, Better Teacher demonstrates, Best Teacher motivates, Great Teacher inspires "  .
Kata-kata peransang ini ditujukan khusus buat warga pendidik di luar sana yang merasakan motivasinya sudah hampir hilang ataupun sudah hilang samada secara sedar atau tidak. Kehilangan motivasi  ini mungkin disebabkan faktor peribadi mahupun persekitaran yang mampu mengubah kehidupannya sebagai seseorang pendidik secara total. Apapun punca dan alasannya, back to basic : matlamat kita sebagai seorang guru. Priority is always for students. Buat diriku sendiri, bersabar dan terus bersabar. Selagi ada daya, ikhlaskan segalanya. Moga 2012 ada sesuatu keajaiban....^^

© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

Saturday, September 1, 2012

Koleksi Soalan Negeri | Percubaan PMR 2012 (Bahasa Melayu)

Untuk download soalan, sila ke link yang di lampirkan. Semoga bermanfaat khususnya kepada calon-calon PMR 2012.

BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA: Soalan Percubaan PMR 2012 Bahasa Melayu: Soalan-soalan percubaan Bahasa Melayu dari setiap negeri. Johor Kertas 1 Kertas 2 Skema Melaka Kertas 1 Kertas ...

credit to --->  http://retibahasa.blogspot.com



© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

Friday, August 31, 2012

55 Tahun | Merdeka! Merdeka! Merdeka!.......


Hari ni cuti umum bagi rakyat Malaysia sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun. Semalam aku merancang untuk keluar menembak bunga api, sambil menanti tibanya detik 12.00 tengah malam, 31 Ogos 2012. Namun, segalanya terkubur begitu sahaja keinginan itu disebabkan aku masuk tidur sekitar jam 8.45 malam. Dengan harapan akan bangun pada jam 11 malam, setelah deal dengan my bodyguard kononnya akan keluar dari rumah sebelum jam 12 ke lokasi yang telah kami pilih. Nampaknya godaan bantal dan tilam lebih kuat untuk mengajakku terus tidur dan tidak bangun-bangun sehinggalah mentari pagi muncul.

Untuk mengubati sedikit kehampaan semalam, selepas mengemas rumah, aku ajak kedua-dua anak buahku turun ke bandar (dengan harapan melihat perbarisan...kononnya la....). Setibanya di area bulatan ice-box, aku menukar laluan apabila ku lihat jalan yang menuju ke highway telah ditutup untuk memberi laluan perbarisan dan perarakan. Aku sangkakan perarakan bermula lewat, jadi aku terus ke restoran yassin untuk mengisi perut kami dulu sebelum ke perkarangan MPT. 

Selesai bersarapan, kami terus menyeberang jalan menuju ke MPT. Nampak gayanya memang kami dah terlewat untuk menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan...sebab peserta perarakan dan perbarisan sudah pun mengambil tempat masing-masing di depan astaka MPT. Tanpa membuang masa, lensaku terus mencari sasaran. Sebenarnya setelah sekian lama aku tidak mengikuti sambutan hari kemedekaan. Entah aura apa yang memanggilku untuk menyaksikan pada pagi ini. 

Tempat ketiga kategori unit beruniform sekolah : KRS SMK Tawau II

Naib Johan : Pengakap Laut SMK Kuhara
 Setelah beberapa minit berada di situ, akhirnya pengumuman pertandingan perbarisan diumumkan. Sambil mendengar pengumuman keputusan pertandingan, dalam fikiranku timbul persoalan ---> kenapa budak-budak di sekolah tidak turut serta. Agaknya kalau mereka ikut, sudah pasti akan membawa pulang trofi kemenangan....i know u guys can do it! :). Dengan memberi jawapan sendiri, aku mengandaikan tiada bajet untuk bawak budak2 ini turun ke bandar. Dan aku terlepas pandang tentang perkara ini sebelumnya. Agaknya jika aku terfikir dari awal, mungkin aku boleh tolong
carikan sponser. Itupun kalau budak2 itu berminat....:D

Berikut Keputusan Perbarisan Sambutan Kemerdekaan yang ke-55 Tahun Peringkat  Perbandaran Tawau :
Kategori Unit Beruniform Sekolah
Johan - Kor Kadet Polis SMK Tawau.
Naib Johan - Pengakap Laut SMK Kuhara
ketiga - KRS SMK Tawau II
Naib Johan : Kolej Kejururawatan Tawau
Kategori Badan Korporat
Johan - Benta Wawasan Sdn. Bhd.
Naib Johan - Kolej Kejururawatan Tawau

Johan : Benta Wawasan Sdn. Bhd.














 
Kategori Badan Kerajaan
Johan - Jabatan Penjara Tawau
Naib Johan - Jabatan Pertahanan Awam Tawau
Ketiga - RELA Tawau

Johan : Jabatan Penjara Tawau
Naib Johan : JPAM (Tawau)
Ketiga : RELA Tawau
Oklah..x nak buang masa tanganku menekan keyboard dengan lebih lama (sememangnya aku rasa malas menaip panjang2 sebenarnya). Tapi sebelum ku tutup tirai sambutan kemerdekaan,  aku ingin berkongsi sedikit perasaan terkilan dan bengang pada hari ini. Sejurus acara tamat, aku kembali ke kereta yang parking di barisan hadapan restoran Ali T****. Setibanya di kereta, anak buah memberitahuku bahawa kereta telah dicalar pada bahagian pintu hadapan sebelah driver. $#@#@$^&(^$!$$^*!*(&^^(_*$;'(...... 

Sungguh tidak kusangka dalam kita mengecapi nikmat kemerdekaan, ada jugak manusia yang belum merdeka minda dan tingkahlakunya...Kalau la aku jumpa manusia vendalisme itu, akan ku brain wash dia habis-habisan sampai puas. Syukurlah kau terlepas wahai manusia perosak. Sampai masa, pasti engkau akan tertangkap...kalau bukan tertangkap olehku, pasti orang lain. Bagi mereka di luar sana yang berkeinginan sedemikian rupa, fikirlah 2, 3 kali sebelum buat. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.
MERDEKAkan MINDA anda sebagai pembuat ONAR!!!

merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka !!!



© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

Sunday, August 26, 2012

Cuti Raya Dah Habis Daaaa.......


Sebagai penutup entri minggu ini, aku saja nak post untuk peringatan khusus untuk budak-budak sekolah. Antara perkara yang perlu diambil kira pada malam ini ialah :-
1. Pastikan semua kelengkapan sekolah sudah sedia.
2. Pastikan semua kerja sekolah sudah siap.
3. Jangan lupa set alarm untuk bangun lebih awal dari kebiasaan...(kecuali yang solat subuh tentu tiada masalah untuk bangun).
4. Jangan set minda anda untuk tambah cuti lagi...(cukuplah anda dah cuti awal sebelum ini - ponteng sekolah x baik untuk pencapaian diri mahupun pencapaian sekolah).
5. Fokuskan minda anda untuk kembali ke sekolah esok (agar jiwa anda betul2 bersemangat, biar nyanyi lagu Negaraku pun akan bergema satu sekolah, satu kampung...hihi..).
6. Offkan FB dan masuklah tidur lebih awal berbanding time cuti.

Semoga hari ISNIN seceria mentari pagi yang bersinar. Semoga kehadiran esok di sekolah 100%. Pecahan tradisi SMKUT!. Kalau bukan anda, siapa lagi.

Bagi golongan bekerja, anda lebih arif tentang pengurusan masa dan diri anda sendiri berbanding mereka yang kurang matang. Maksudnya, jangan samakan diri anda dengan budak sekolah. Apapun,  esok akan tetap  menjadi "MONDAY BLUES"  mode kepada semua kakitangan awam.....tak caye, cuba tengok situasi di tempat kerja anda.hihi....:P


© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

Saturday, August 25, 2012

Tablet Oh Handphone!

Dunia cyber tanpa sempadan...
Zaman millenium ini kalau tidak terdedah dengan alat telekomunikasi, memang tidak sah. Tidak kira samada duduk ceruk hutan sekalipun, pasti akan guna alat yang boleh menghubungkan dengan dunia luar dengan lebih pantas. Lebih-lebih lagi syarikat telekomunikasi berlumba-lumba dengan pelbagai promosi khusus untuk pengguna....(promosi je lebih tapi perkhidmatan hampeh!...sorry to say tapi memang itu yang berlaku ke atas diriku, malah pengguna lain pun terasa sedemikian) :(

Kalau itu cerita tentang talian, yang ni pulak aku nak cerita pasal gadget. Boleh dikatakan aku juga salah seorang daripada pengguna gadget yang mengikuti arus kemodenan bidang telekomunikasi. Sejak bekerja, boleh dikatakan aku sering menukar atau menambah koleksi gadget yang ada. Walau bagaimanapun, aku bukanlah pengguna gadget yang tegar...(agak2 la....harga pun bukannya satu dua kupang...hihi). Tapi pembelianku bergantung kepada keperluan dan keselesaan. 

Dipendekkan cerita, tablet yang pertama aku guna adalah SAMSUNG GALAXY TAB P1000. Aku beli pun sebab ambik pakej CELCOM, sekali dengan talian internet (murah sikit dari harga pasaran semasa). Masa tu aku bukanlah pengguna tab yang latest sebab aku tunggu beberapa bulan harga turun baru plan beli...kiranya keinginan masa tu masih boleh ditahan2. Tak sampai setahun aku guna, dah puas pakai dan terasa ingin bertukar kepada saiz yang lebih kecil, aku beralih kepada SAMSUNG GALAXY NOTE. Jika dilihat, aku lebih setia kepada jenama Samsung. Mungkin disebabkan faktor aplikasi yang menggunakan ANDROID, yang aku rasa lebih mesra pengguna dan terlalu mudah install aplikasi yang diperlukan. Semuanya dihujung jari.

Namun begitu, sepanjang aku menggunakan barang Samsung ni, dah 2 kali aku kena MASALAH pada tablet yang pertama mahupun tablet yang kedua. Recharge problem. Kalau kali pertama dulu, aku sendiri bawak tab tu ke Samsung Customer Servive di Karamunsing, KK. Kebetulan ada urusan, transit di KK. Setelah setengah jam berurusan, dia memberitahu aku masalah sedemikian boleh diatasi dengan upgrade software. Seperti yang dijanjikan, sebelah petangnya aku ke sana semula untuk menuntut tabku yang diservis. Masalah selesai. Now, tab itu sudah berpindah milik dengan macikku di Wawasan. Gudbai my 1st tab....

Tablet kedua, NOTE. Baru 4 bulan aku pakai. Masalah timbul seperti tab lamaku dulu, RECHARGE PROBLEM. Sekali-sekala kesabaran tercabar apabila keadaan mendesak untuk menghubungi orang-orang di sekelilingku, sedangkan noteku meragam. Sabar ajela.... :'(
Sedikit kelegaan apabila rakan yang bekerja di KK sudi menolongku untuk menghantar ke pusat servis Samsung di Karamunsing. Masih under warranty, so better aku hantar ke sana dulu untuk servis berbanding hantar ke kedai C** yang kurang bertanggungjawab itu.

Walaupun dah 2 kali kena problem yang sama, tapi aku masih belum serik untuk menggunakan jenama Samsung. Dahla Apple pun nak saman Samsung...huhuhu...Nasibmu la Samsung. Saman jangan tak saman...Bagiku Samsung ada keistimewaan sendiri. Sebab tu jualan meletop berbanding Apple.  Itu spekulasiku sendiri. Walaupun pada hakikatnya ada sedikit kelemahan pada gadget2nya....

Agaknya dah nasib aku kurang baik sebab dalam masa yang sama handphone N8 pun rosak. So xdela back up untuk line 019 dan tenetku buat sementara waktu. Mungkin N8 dah merajuk dengan tuannya. Untuk memujuk hati sendiri, maka N8 pun dihantar ke kedai untuk servis. INSERT SIMKAD PROBLEM. Itu yang tokey Cina tulis dalam resit. Hanya tunggu masa untuk dikoling, baru boleh ambik.

Dengan ketiadaan tablet dan handphone, sedikit sebanyak aku terputus hubungan dengan dunia luar. Ini kerana dah menjadi rutin harianku mengakses internet dalam sehari mahupun mengkoling2. So, kepada yang tak dapat menghubungi incik celcomku, pls leave ur message through my fb. Ada kesempatan online ihsan  "wifi sebelah rumah", akan ku reply. Harap maklum.


Fenomena Samsung Galaxy Tab di Hari Raya



© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!