We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Thursday, February 3, 2011

Pengenalan Fotografi (Ep.1) - sekadar nota untuk tatapan sendiri...

Nota ini ihsan drpd my cousin yang pernah ikut kursus fotografi suatu ketika dulu utk jabatannya....TQ "mama yokies"....-sekadar perkongsian bagi yang masih bertatih-tatih macam aku....
__________________________________________ 
Secara dasarnya, fotografi adalah gabungan perkataan foto yang bermaksud cahaya dan grafi yang bermaksud lukisan. Di sini boleh diringkaskan kepada fotografi membawa pengertian lukisan cahaya. Segala rupa, bentuk dan warna yang dilihat dengan mata kasar, ialah merupakan pantulan cahaya daripada objek-objek di sekeliling kita. Pantulanpantulan ini membentuk pelbagai rupa yang berbeza. Dalam konteks fotografi, sesebuah gambar yang terhasil ialah rakaman daripada cahaya-cahaya yang terdapat di sekeliling kita. Tanpa kehadiran cahaya, adalah mustahil untuk kita mengambil gambar, dan juga mustahil untuk kita melihat. 

KAWALAN ASAS KAMERA
Mengenali kamera

Kamera merupakan sebuah objek yang dicipta untuk merakamkan gambar. Secara asasnya, kamera terdiri daripada gabungan komponen seperti lensa, CCD/filem dan Shutter. Setiap kamera mesti mempunyai komponen ini bagi membolehkannya berfungsi sepenuhnya. Apa yang membezakan kemampuan sesuatu kamera bukanlah terletak kepada jenama, tetapi kepada kemampuan setiap komponen ini berfungsi.
Setiap orang mempunyai kamera masing-masing. Cara yang terbaik untuk mengenali kamera anda ialah dengan membaca Manual Kamera yang disertakan semasa membeli kamera. Setiap kamera mempunya manual masingmasing yang menerangkan kedudukan komponen, button, function dan sebagainya. Setelah memahami kamera anda, barulah kita boleh menerokai dengan lebih jauh, apakah kemampuan dan kekurangan peralatan yang kita miliki, bagi menghasilkan gambar yang lebih baik.
Checklist :
  • kamera
  • bateri
  • Memory card
  • Lensa
  • Tripod

*Praktikal: Keluarkan manual kamera masing-masing. Cuba cari butang kawalan
ISO, SHUTTER, APERTURE , FLASH pada kamera masing-masing.
 
[AKAN DATANG, NOTA TENTANG APERTURE..]

2 comments:

Bea said...

wak.. bukan aku pg ni kursus... aku just amek je kawan ku punya yang ikut itu kursus....

N'dninety said...

owh patutla ko x pdai amik gbr..hihi