We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Monday, April 11, 2011

Pertandingan Kemahiran Integriti KAPA Peringkat Zon Tenggara 2011

Pada 7 April 2011 (Khamis) yang lalu, SMK Umas-Umas, Tawau dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Integriti Kadet Pertahanan Awam peringkat Zon Tenggara. Sebanyak 13 buah sekolah yang turut mengambil bahagian di mana 11 buah sekolah dari daerah Tawau manakala 2 buah lagi dari daerah Lahad Datu. Sebanyak 4 acara telah dipertandingkan, antaranya kategori Kawad Kaki, Melawan Kebakaran, Menyelamat Mangsa dan Perawatan Awal. 
Antara beberapa kategori yang dipertandingkan
Pasukan SMK Umas-Umas - Tempat ke-2 (Melawan Kebakaran)
Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Paris dan SMK Desa Kencana ( daerah Lahad Datu), SMK Umas-Umas, SM Teknik, SMK Wallace Bay, SMK Merotai Besar, SMK Titingan, SMK Holy Trinity, SMK Pasir Putih, SMK Jalan Apas, SMK Tawau, SMK Balung dan SMK Kinabutan ( daerah Tawau ).
Sekolah - sekolah yang mengambil bahagian
SM Teknik Tawau telah mendominasi keseluruhan acara yang dipertandingkan sehingga muncul sebagai juara, tempat kedua disandang oleh SMK Merotai Besar, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Kinabutan. SMK Umas-umas hanya menduduki tempat keempat. 
JOHAN untuk kategori Menyelamat Mangsa, Melawan Kebakaran dan Perawatan Awal
SM Teknik Tawau - JOHAN Keseluruhan
SMK Merotai Besar - Johan Kawad Kaki
Keputusan pertandingan - salinan untuk simpanan peribadi
Apapun, tahniah buat semua sekolah yang telah mengambil bahagian. Kalah atau menang adat pertandingan. Apa yang penting, penglibatan aktif semua pelajar dapat mencapai objektifnya dalam penganjuran pada kali ini. SYABAS untuk semua!!!

Barisan urusetia, penganjur - SMK Umas-Umas, Tawau

No comments: