We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Monday, January 2, 2012

Koleksi Gambar Penutup Tirai 2011

 Assalamualaikum dan Selamat Malam....

Malam ke-2 di tahun baru masihi, aku ambik kesempatan yang ada (setelah siapkan tugasan hakikiku) untuk kongsikan koleksi gambar yang aku ambik malam menjelang tahun baru 2012. Sebenarnya, pada sebelah petangnya, aku join geng TKP (Tawau Kaki Photo) dalam aktiviti Mega Outing 2011. Dipendekkan cerita, aku terlewat untuk mengikuti program itu disebabkan aku berpatah balik menuju ke Taman Wawasan, setelah terima panggilan kecemasan drpd anak2 macikku Norhani Jawile yang mengatakan rumah yang sebaris dengannya telah terbakar. Dengan kepakaran yang ada dalam aksi rempit-merempit, aku memecut menghantarnya pulang segera ke rumahnya. Oh ya, asalnya macikku  nak temankan aku outing sekali. Sorang lagi yang bersama denganku untuk ke outing itu ialah anak buahku, Faez.

Setibanya di rumah, dia bergegas berlari... sementara aku mencari tempat parking yang sesuai sebelum menuju ke lokasi kebakaran. Dengan berbekalkan kamera yang ada, aku mintak Faez shoot insiden itu. Aku hanya mengambil gambar beberapa minit kemudian, setelah keadaan diriku tenang. 

Kepantasan ahli Bomba dalam mengawal api dari terus merebak
Kejadian sekitar jam 4.00 petang
Mangsa kebakaran sehelai sepinggang - semasa kebakaran,  penghuni rumah sedang menghadiri majlis pertunangan.
Jentera bomba yang kedua, sampai beberapa minit kemudian
Setelah keadaan terkawal, aku kembali semula ke lokasi Mega Outing TKP di PersisiranTraulsen atau lebih dikenali sebagai Highway. Setibanya di sana, tanpa membuang masa aku shoot mana-mana yang aku ingin shoot. Ahli yang lain masing2 sudah beraksi dengan model yang didatangkan khas...ehem2... Untuk Mega Outing, tidak banyak yang sempat aku pelajari daripada sifu2 @ taiko2 TKP. Ada jugakla yang sudi memberikan tunjuk ajar...Cuma sesi lighting  aku termissed disebabkan ada kewajiban yang harus ditunaikan dengan segera. Nampaknya hasil mega outingku tidak berapa menjadi....

sun set dari highway
suasana malam area fajar pada malam menjelangTahun Baru 2012
LA Hotel yang tidak lama akan dibuka
Sekitar pukul 11.30 pula, aku dan Faez menuju ke Eastern Plaza - lokasi kedua di mana geng2 TKP berkumpul untuk shoot firework. Untuk shoot bunga api, benda yang perlu ada selain kamera ialah tripod. Namun, aku tidak dapat menggunakan tripod murahanku disebabkan ada skru yang telah hilang. Hanya Faez yang menggunakan tripodnya. Geng2 TKP yang lain memang sudah maklum akan keperluan tripod. Walaupun begitu, sifu Jenal Eclipse dan isterinya, mengajar aku cara setting untuk shoot firework. ...(a big thanks to them:-). Dan untuk pengetahuan anda, inilah kali pertama aku snap bunga api dengan setting yang betul. Dan ini juga  merupakan pengalaman pertamaku menembak bunga api dari atas bangunan. Aku sangat2 menghargai saat-saat itu. 
Keindahan malam di bandar Tawau - view dr Tingkat 4, parking lot Eastern Plaza
Traffic light Takada
Shooting firework tanpa tripod...agak2nya guna apa eh??? huhu....
Colourful in the sky - New Year 2012








Koleksi bunga api ini adalah penutup koleksi gambarku  untuk tahun 2011. Nampaknya terlalu banyak lagi yang perlu diperbaiki. Azam tahun  masihi (2012) sama jak dengan azam tahun hijrah (1433H) yang telah ku niatkan tempoh hari. Moga segala yang aku impikan terlaksana. Amin.....

Sekian...:)






© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself ! ^_~

2 comments:

Pembantu Pejuang said...

MAKIN BERKEMBANG./..

Sudir Suichi said...

aku mau pegi juga di eastern malam tu..tp nda jadi..pegi epot lama jak.. keh keh...