22/01/2012 (Ahad) : Aku bersama beberapa orang rakan sekerja mengambil peluang cuti Tahun Baru Cina ini untuk jalan-jalan di luar daerah Tawau. Destinasi kami cuma satu ---> Bukit Tengkorak, Semporna. Asalnya aku x nak join disebabkan rasa keletihan fizikal yang aku alami dengan program yang sebelumya. Namun, pada pagi ahad itu, finally aku ambik keputusan untuk ikut trip Eita Casper and the gang. Kami bertolak sekitar jam 10.45 pagi, konvoi dengan dua buah kereta.
Ok, kita lupakan seketika tentang kisah trip kami. Kita cerita pula pasal Bukit Tengkorak ini. Sedikit sejarah latar belakang Bukit Tengkorak :
TAPAK ARKEOLOGI BUKIT TENGKORAK, SEMPORNA SABAH
Bukit Tengkorak telah dikenalpasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik, kira-kira 3,000 tahun dahulu. Beratus ribu serpihan tembikar tanah prasejarah yang dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di tapak tersebut. Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikat masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.
Penemuan lain yang unik di tapak ini adalah bukti pembuatan alat batu kecil daripada batuan akik, rijang dan obsidian dan juga sisa makanan tulang haiwan, ikan dan cengkerang. Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang penting di Malaysia dan Asia Tenggara kerana penemuan bukti dan hipotesis baru tentang penghijrahan manusia, perdagangan atau pertukaran laut yang terpanjang sekali di dunia (lebih 3,500 km) dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia sekitar 3,000 tahun dahulu.
** p/s : harap maaf, koleksi gambar lain x dpt di upload mungkin disebabkan saiz gbr yg terlalu besar. Apa yang dapat ku simpulkan bahawa, panorama di sini memang cukup indah untuk mencuci mata sambil2 exercise panjat bukit dengan anak2 tangga yang entah berapa jumlahnya.
© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!
No comments:
Post a Comment