We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...
Showing posts with label ilmu falak. Show all posts
Showing posts with label ilmu falak. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Cerapan Zuhrah & Musytari Dari Tawau Bumi Peladang

Info Suka-Suka :

1hari di Bumi bersamaan 24 jam. Itu semua orang tahu. Tapi kalau kita duduk di planet Zuhrah, 1 hari di sana mengambil masa amat lama iaitu 243 hari. Dan kalau kita di Musytari pula, dah la planet besar tapi ia berputar amat laju iaitu 9 jam 55 minit.

- dipetik dr Falak Online -
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, February 26, 2012

Cerapan Langit Memburu Zuhrah, Bulan dan Musytari

Semalam aku terlepas mencerap langit untuk menyaksikan 3 jujukan yang Allah pamerkan kepada kita tentang kebesaranNya. Zuhrah-Bulan-Musytari. Info yang aku baca menerusi FB FalakOnline sebelum ini membuatkan aku ternanti-nanti untuk meyaksikan mata-kepalaku sendiri tentang planet itu.  Untuk pengetahuan anda, planet-planet ini kita boleh saksikan di ruang angkasa sejak 25 FEB 2012 sehinggalah sepanjang bulan MAC ini. Semua bergantung kepada  keadaan cuaca di sekitar anda. Ok, tidak mahu membuang masa. Jadi aku kongsikan saja hasil cerapanku lepas maghrib tadi. Saksikan.....



p/s : JANGAN LUPA bertasbih dan bertahmid  bagi memuji kebesaran pada YANG MAHA ESA.

© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

Monday, December 12, 2011

Gerhana Bulan Penuh 2011 - Bukan Gerhana Cinta Luka....

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat malam buat bloggers and readers.....

Aku baru ada kesempatan untuk luangkan masa buat entry baru untuk blog aku ni....Kali ni aku nak kongsikan koleksi gambar gerhana bulan yang aku sempat tembak dan cerap pakai DSLR pada 10 Disember 2011. Ini merupakan gerhana bulan yang kali kedua berlaku pada tahun ini setelah gerhana bulan kali pertama pada bulan Jun 2011 yang lalu. Xdela gempak sangat koleksi aku tu sebab aku hanya guna lens 18-105mm...Tapi kali ini aku berkesempatan melihat dengan mata kasarku sendiri setiap fasa gerhana bulan tersebut. Mengikut cakap-cakap orang di luar sana, kali terakhir pernah berlaku gerhana bulan penuh macam ini pada tahun 1957....Wowwwww...tahun kemerdekaan Malaysia tuhhhh....

Sehari sebelum berlakunya gerhana bulan, aku ada naikkan status reminder dalam FBku...Itupun setelah aku baca artikel dari akhbar online. Dari situ aku cuba masuk melalui link yang dia bagi untuk mengetahui info gerhana bulan dengan lebih lanjut. Sememangnya aku berminat tentang bidang astronomi ni. Dulu ada la jugak aku belajar subjek astronomi masa kat Politeknik. Tapi ilmu itu berakhir begitu saja setelah aku bertukar bidang kerjaya....Means xdela aku praktikkan ilmu itu (kalau praktik pun sekadar teori je...hihi...)

Ok...berbalik pada cerita gerhana bulan ni, sedikit info yang aku petik dari web falak-online:-

Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi.


Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Apapun, jom kita hayati kebesaran, keagungan dan kekuasaan Maha Pencipta....

Bulan penuh di bawah pokok jambu dekat umah...sekitar jam 7.30 malam
Bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap. Dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan...sekitar jam 8.30 malam







Hasil lensa 18-105mm (D90). Kawasan penumbra belum hilang. 20 minit sebelum fasa gerhana penuh.
Menghampiri waktu puncak gerhana bulan sekitar jam 10.28 malam

Kemuncak gerhana bulan 10.31 malam. Pada peringkat ini, ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan garisan dan satah yang sama.

Sekitar jam 11.45 malam, kelihatan bulan sudah meninggalkan bayang-bayang penumbra....
Menjelang 12.18 tengah malam, bulan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra. Gerhana bulan telah pun berakhir...



12.40 tengah malam bulan penuh diliputi awan-awan hitam tebal...(tandanya dia suh aku masok tido agaknya masa tuh...hihi)


Tentu korang tak cukup puas dengan gambar yang aku tangkap kan....Untuk kesan gambar lebih jelas, bolehlah menghayati gambar yang aku pinjam dari www.falakonline.net



Sebagai penutup entry ini, proses fasa gerhana bulan boleh disimpulkan pada gambar di atas. TERIMA KASIH Falak Online