11 Februari 2012 adalah tarikh yang dipilih untuk Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) buat kali ke-2. Lokasinya, di perkarangan hadapan MPT. Event ini sudah menjadi acara wajib dalam kalender pelancongan Sabah yang telah diumumkan pada tahun lepas. Petang tadi, kelihatan kerja-kerja persiapan untuk event ini masih giat dijalankan. Dan dimaklumkan malam ini berlansungnya raptai.
Apapun, pasti warga Tawau tidak mahu ketinggalan dalam menyaksikan festival ini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlepas acara tersebut pada tahun lalu. Bagi aku pula, satu tarikan yang mendorong aku datang ke festival itu tak lain tak bukan, menembak! ^_~
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment