We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku Dayus - Cerekarama 2012 Yang Paling Best Setakat Ini...



Malam mingguku malam tadi dihabiskan saja di rumah. Sambil-sambil tanganku khusyuk mengedit koleksi gambar sukan yang kutangkap sebelah petangnya, mataku pula sekali sekala tertumpu ke skrin tv. Semuanya gara-gara cerekarama yang dah lama aku tak layan. Kebiasaannya mataku lebih rela terpejam awal. Permulaan cerita yang ditayangkan tv3 ini memang sudah menarik. Lebih-lebih lagi barisan pelakon juga tidak kurang hebatnya.

Penampilan Nora Danish dalam lakonan bertudung itu sedikit sebanyak menarik minatku padanya. Kalau dulu dalam cerita Tentang Dhia. Jujur, aku sebenarnya lebih suka kalau dia dalam imej bertudung. Manis dan menawan, walaupun dia berstatus janda. Mudah-mudahan dia dibukakan hidayah suatu hari nanti untuk itu. Siapa tau serunya akan tiba sedikit masa lagi dan terus pencen dari dunia lakonan.Itu doaku untuknya.

Sebenarnya cerita ini banyak menerapkan nilai-nilai dan pengajaran berguna buat masyarakat, khususnya remaja. Unsur dakwah yang cuba disampaikan aku rasa memang berjaya. Tahniah pada penulis skrip, pengarah dan produser. Apa yang diharapkan moga lebih banyak cerita unsur dakwah
dipertontonkan kepada masyarakat berbanding unsur hiburan semata-mata. Tahniah juga kepada barisan pelakon. Tanpa penghayatan yang baik, pasti lakonan anda ini tidak menjadi sebutan ramai yang menonton malam tadi.

© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

1 comment:

Bea said...

wah..wah tidak lama lagi ko jadi pengarah ni kazen.... jujur juga aku cakap, aku suka cerita ni.. ewah...