We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan 1433H - Kali pertama dan mungkin terakhir...

Assalamualaikum w.b.t.....

Dihening subuh aku terpanggil untuk menjenguk teratak yang dah lama ku tinggalkan...mungkin 3, 4, atau 5 bulan aku tak buat entry baru....almaklumla bz memanjang..lagipun di sini hanyalah persinggahan untuk release ketensenan atau mengasah pena mindaku. Actually, aku dah draft entry khusus utk kembara bumi anbiyak bulan 7 lepas tapi pending gara2 masa tu line tenetku cukup menguji kesabaranku.last2 aku KIV dulu....(sampai masa sesuai akan ku post jugak nanti).

Hari ni, last aku berada di tempat cari makan. Cuti lebih awal berbanding Jabatan lain, untuk beri peluang persiapan raya pada semua khususnya rakan2 seperjuangan yang akan balik ke kampung. Aku dapat rasakan sedikit kelegaan dan kegembiraan buat semua yang dapat pulang awal berbanding jadual cuti yang sebelumnya. Bagi yang beli tiket ikut tarikh start cuti asal tu nasib la kan....:)

Untuk diriku sendiri, sebenarnya ada satu kelainan pada Ramadhan tahun ini berbanding sebelumnya selama aku bertugas di 'bumi sawit' . Sepanjang ramadhan, aku cuba 'focus'kan diriku lebih kepada muhasabah diri selain hal kerja. Dengan adanya beberapa insiden yang kurang menyedapkan hati dan perasaan, membuatkan sedikit sebanyak ia telah menukar rutin harianku seperti biasa. Namun begitu aku tetap rasa bersyukur kehadrat Ilahi dengan menganggap kejadian-kejadian  ini sebagai peristiwa berhikmah dalam hidupku.  Lebih baik ia dipandang secara positif. Aku gembira sambut ramadhan bersama dengan rakan W dan E selama beberapa minggu ini. Pengalaman itu merupakan kali pertama dalam hidupku sepanjang aku posting....dan mugkin juga akan menjadi buat kali terakhir. Harap-harapla kan...(dengan harapan akan berpindah) *p/s: macik NANI, please take note! hihi... :D

Apapun, terima kasih kepada semua rakan-sejiran dan orang-orang kuat surau Al-Imtiyaz atas program-program mengimarahkan surau dan juga bulan ramadhan 1433H. Dengan adanya kalian, tidak mungkin hati kerdilku terpaut di sini buat seketika.


Akhir sekali, patik JUGA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada, khususnya ayahanda dan saudara-saudaraku di kampung, rakan-rakan seperjuangan di SMKUT, anak-anak didik,  rakan sekolah SMK Kuhara (1990-1995), rakan sePOLIKu (1997-1998) rakan B.Sc.Ed (UM) (1999-2003) dan tidak lupa juga buat rakan cyber Kak Zah, Atiqah Jazz, Kak Mai, CSDP, Sis Norlie, Zufri dan lain-lain yang tak dapat disenaraikan serta semua yang mengenali diri ini secara tidak langsung. Mohon ampun dan maaf andai tersilap bicara, tutur kata dan perlakuan.

SALAM LEBARAN.....MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Wassalam.....


* note : JANGAN BETULKAN JAM ANDA. (entry ni draft subuh tadi)....:P

© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

No comments: