Buat kali ini aku ingin mengutarakan tentang isu yang aku kira sangat penting kerana melibatkan orang ramai sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah hanya sekadar sebuah penulisan yang tidak mewakili mana-mana organisasi GO mahupun NGO. Aku hanyalah individu yang mewakili pengguna jalan raya yang lain kerana aku juga perlu melalui kawasan ini setiap hari berulang-alik untuk sampai ke tempat kerja. Jika perjalanan bermula dari bandar Tawau, tiga lokasi runtuhan jalan raya yang akan dilalui iaitu di kawasan Kg. Iban, Dumpas-Brumas dan Dumpas Benta Wawasan ( aku tidak begitu arif tentang nama-nama jalan ini, mungkin cukup sekadar aku berikan nama lokasi itu berdasarkan kawasan yang berhampiran dengannya). Berikut adalah gambar-gambar di tiga lokasi yang dimaksudkan. Gambar ini telah dirakamkan pada 28 Februari 2011.
|
Lokasi 1 - Area Kg. Iban |
|
Lokasi ke-2 - Dumpas-Brumas |
|
Lokasi ke-3 - Dumpas Benta Wawasan |
Hari demi hari, kawasan ini semakin membimbangkan kerana runtuhan demi runtuhan terus berlaku, sedangkan kerja-kerja pembaik-pulihan belum menampakkan apa-apa tindakan dari pihak yang bertanggungjawab.
Berdasarkan pemerhatian, struktur tanah di kawasan ini memang tidak stabil. Infrastruktur yang disediakan ini hanya dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat, sedangkan setiap hari bukan sahaja kenderaan ringan yang melaluinya, tetapi ia juga melibatan kenderaan berat seperti lori tangki, jentera berat mahupun lori kontena. Setiap kali runtuhan berlaku, hanyalah palang-palang besi sahaja yang akan di pasang semula.
Setelah sekian lama melalui kawasan ini, akhirnya kemalangan telah pun berlaku pagi tadi di antara lori besar dengan lori kecil yang mengangkut anak pokok kelapa sawit. Kejadian ini sempat aku rakamkan semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat bertugas. Untuk kisah lebih lanjut, lebih elok sekiranya aku paparkan melalui gambar-gambar yang aku tangkap menerusi telefon bimbit, sebagai bukti dan bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja. Ini merupakan gambar terkini yang diambil lewat tengahari tadi ( 08 Mac 2011 ).
|
Kemik teruk - lori besar yang melanggar buntut lori kecil |
|
Langgar belakang - hanya kerosakan kecil |
|
Lencongan yang dibuat menanti untuk runtuh |
|
Runtuhan yang semakin membesar - dapat menampung hanya sebuah kereta sahaja dalam satu-satu masa. |
|
Kelihatan palang yang telah tercabut akibat runtuhan |
Apa yang diharapkan, agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera sebelum keadaan yang lebih buruk berlaku. Tidak dinafikan kemalangan boleh berlaku di mana-mana, tetapi jangan lupa, risiko juga kita boleh kurangkan jika infrastruktur jalan raya berada dalam keadaan yang selamat. Secara tidak langsung kos penyelengaraan kenderaan juga dapat dikurangkan. YB, PM tolonglah kami...
4 comments:
wahh, saya pun baru tahu ni jalan area tu teruk macam ni. Thanx ya kongsi informasi. patutnya pihak berwajib perlu ambil tindakan cepat bukan membiarkan jika ada mangsa terbunuh baru nak kelam kabut..
bagus juga kes ini didedahkan awal2 melalui entri ini
suara rakyat setakat manala mahu didengar...janji2 manis skadar musim p/raya...selasa baru nih lalu area sini, keadaan jalanraya semakin nazak....ntah bila ada tindakan..
Fuyoh..!
Gerunnya kitorang tengok.
N90 ada tak postkan gambar-gambar ni kat mana-mana badan kerajaan punya website?
Tak pun boleh kasi pada Oh!Media punya Fanpage kat FB. Kasi gempak sikit.
utk pgetahuan pembaca entry ni, pihak berwajib telah pun mgambil tindakan segera, yg difahamkan bermula pd hari ini - 19/3/2011 (sumber : page mytawau).
Post a Comment