We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Tuesday, October 11, 2011

Rakan Cyber - Sejauh mana ikhlasnya sebuah persahabatan...

Assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera buat bloggers & 'silent readers' di luar sana..Doaku moga kalian semua sihat walafiat hendaknya. Rasanya dah lebih 3bulan aku tak update entry. Dan rasa-rasanya jugak takde pun yang akan kisah tentang blogku yg suam-suam kuku kambing nih. Nak berkongsikan cerita, bagi aku memang takde masalah. Kengkadang orang tak minta aku cerita pun, aku spontan je buka cerita samada cerita realiti mahupun borak kosong. Mlm ni takde gambar yg ingin dikongsikan. Aku sekadar ingin meluah rasa...cewahhh..hihi :P

Nak dijadikan cerita, selama aku jadi pengguna internet, aku dah ada beberapa orang rakan cyber yang betul- betul aku boleh percayai. Maknanya aku sedia berkongsi cerita- cerita peribadi walaupun tak pernah lagi bersemuka secara live. Malah boleh dikatakan ibarat kawan sebantal..hihi..(oppssss...jangan lak ada pandangan serong yek). Ini mungkin boleh gak dikatakan tuah badan dapat sahabat, rakan, kawan yang baik hati, jujur, ikhlas dalam menjalinkan sebuah persahabatan. Mungkin jugak aku lebih senang berkongsi cerita dengan mereka disebabkan faktor jarak, dan mereka tidak mengenaliku sedalam2nya, begitu juga sebaliknya. Dan di sini jugalah kita boleh menilai kenalan baru itu samada jujur ataupun tidak. Semuanya ada sebarang 'kemungkinan'.

Buat rakan-rakan cyberku yang berkenaan, terima kasih atas jalinan persahabatan yang tak terduga ini. Andainya sampai suatu masa nanti, jalinan ini terpisah tanpa disengaja, ketahuilah bahawa anda adalah rakan cyberku dunia dan akhirat. Mohon kemaafan seandainya ada keterlanjuran dlm gurauan dan usikan. Andai hari ini kita tidak dapat bersua, percayalah akan kuasanya 'kun fayakun' pasti akan menemukan kita akhirnya. Akhir kalam, sucikan hati bersihkan minda..moga jalinan ukhuwah berkekalan. Wassalam..

3 comments:

jazz said...

Selamat Berkenalan!!!.. Nice to meet u Ndninety NFotozzz yg xberape ade Fotozzz wkakkakaka :P

N'dninety said...

@ jazz : faktor kekangan masa tu yg xbrp nk fotoz2...:))

jazz said...

Labun!!!...kekang le sgt wkakakakka...