Assalam dan selamat malam guys....
Malam ni baru ada panggilan untuk update blog. Bukan apa, sebelum2 ni sibuk dengan tugasan lain. Lagipun ada seruan dari orang sekeliling untuk segera kongsikan koleksi outing kemarin. Oh ya, actually kemarin seawal jam 10.30 pagi aku luangkan masa sepenuhnya untuk menembak gelagat-gelagat orang Tawau, termasuklah menembak kenderaan orang yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Autoshow & Audio Sound. Sebenarnya 24 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu, bertempat di perkarangan letak kereta Stadium Hoki Kompleks Sukan Tawau telah berlangsungnya Fiesta Tawau Gemilang 2011. Ini merupakan 1st time outingku kat autoshow....sebelum2 ni aku jadi pengunjung jak, itupun sekejap.
Selain autoshow, terdapat juga battle of the band, fasion show, pertandingan nyanyian, tarian, jualan, pameran dan program menderma darah. Walaupun keadaan cuaca tidak menentu pada waktu itu; sekejap mendung sekejap hujan silih berganti, tapi warga Tawau tetap berpusu-pusu datang untuk menyaksikan sendiri fiesta tersebut. Apa yang membuatkan suasana fiesta itu happening, adalah pertandingan autoshownya yang mana pelbagai jenis kenderaan bertanding termasuklah basikal, motorsikal, motokar dan lori.
Apa yang membuatkan aku mampu bertahan lama berada di situ, adalah disebabkan keadaan cuaca yang redup (kalau panas terik, sure dah lama aku cabut). Almaklumla...aku ni spesis x tahan panas dan silau. Kadang-kala kesannya aku boleh diserang migrain berhari-hari. Nak pulih sepenuhnya kena ambik masa. Itulah salah satu kelemahan aku. Oleh sebab itu gak aku selalu pakai sun glasses walaupun hari mendung. Nak kata aku berlagak ka, eksen ka, sombong ka, lantak korangla...Mata aku hanya aku dan Dia yang tahu. Kalau nak tahu, sebenarnya sun glasses aku tu pun ada power gak. So, senang sikit x perlu silih berganti ngan spek rabun mengikut keadaan cuaca. Kalau tak, jenuh jugakla kejap tukar spek rabun kejap spek itam kalau nak ikut kecerahan pada masa itu. Jadi diri sendiri, agak2 la.....:)
Ok... berbalik pasal outing kemarin, orang kuat disebalik tabir selama aku ke sana ke mari, sudah tentulah my sporting aunty....hihi...HIDUP MAKCIK KAK NANI!!! Dialah orang kuat yang selalu beri dorongan program outingku kalau ada event di sekitar Tawau. Nasib baiklah jugak dapat pakcik yang sporting yang memang dah bagi green light untuk aku angkut dia ke mana-mana. TERIMA KASIH PAKCIK BEDDU @ DATO....hihi ;)
Okla rasanya cukup setakat ini saja entryku untuk malam ini. Selebihnya korang tengok ajela kat gambar yer. Mana yang terlebih atau terkurang tu, patik mintak maaf...:P
* Nak tengok koleksi yg lain, nanti ada masa aku upload then bagi linknya skali...Ok... Adios...
No comments:
Post a Comment