Sejak beberapa hari ini, masaku banyak terluang dalam blog. Samada aku update blog sendiri or aku menyusup masuk ke blog-blog yang ada di luar sana untuk baca segala artikel yang menarik pemerhatianku untuk membaca. Untuk pengetahuan anda, sejak 3tahun yang lalu aku bukanlah pengguna tegar dunia cyber. Duniaku hanyalah bangun, tidur, makan, dan kerja...(owhhh ya ka? cam x caya lak). Begitulah setiap hari. Kehidupan sosialku hanyalah pada rakan-rakan sekerja dan selebihnya banyak habiskan masa di rumah. Boleh jugakla dikatakan yang aku ini "homely person".
Tapi itu kehidupan beberapa tahun yang lalu. Kini sedikit sebanyak aku banyak mengalami perubahan, samada dari segi dunia sosialitiku mahupun kehidupan peribadiku sendiri. Dengan usia yang menuju ke penghujungnya, aku rasakan masih ada beberapa matlamat yang belum tercapai sehingga kini. Memang betul la pepatah mengatakan " kita hanya mampu merancang, tapi Dia juga yang menentukan ". Syukur kehadratNya kerana aku masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini untuk terus cuba mencapai dan menggapai impian yang belum tentunya terlaksana. Tetapi kita tidak perlu berputus asa untuk itu. Selagi ada upaya dan kemahuan, teruskan usaha. Caiyok2!!!
Ok...kita lupakan seketika cerita tentang isi hati. Sisa-sisa cuti sekolah ini, aku ambik peluang yang ada untuk menukar wajah teratak ketigaku ini. Sudah mencapai usianya tak lama lagi setahun jagung. Orang lain dah bertahun-tahun berblogging, aku baru kini auranya menjentik naluriku. Konsepnya pun belum tetap, aku cuma ikut gerak hatiku apa bahan yang nak di post. Aku sudah cuba untuk mengaktifkan diri dalam dunia blogging. Mungkin juga pada masa akan datang akan ada entri2 yang berbentuk ilmiah. Itu azamku. Korang doakan saja moga ianya berjaya. Opppsss times up. Masa untuk masuk tidur...(walapun kebiasaanya ini bukan masa tidurku). Mentang-mentangla cuti, pandai2 lak hold masa tido....(xpe N! next year sure ko xda masa macam2 nih..so, hargailah.:). Okla guyz, cukup setakat di sini untuk malam ini. Good nite everybody. Wassalam.......
No comments:
Post a Comment