Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.....
Hari ni sesaje ambik peluang update blog sementara tengah rajin...Apa yang aku ingin kongsikan adalah koleksi yang sempat kurakamkan beberapa minggu yang lalu dan sesetengahnya aku suruh suku sakatku jak yang snapkan (jika aku tak terlayan). Tentu ada di antara kita belum pernah sampai ke tempat ini ----> RAINFOREST WATERFALLS ANDRASSY...betul tak??? Aku kompiden ckp sebab aku salah seorang daripadanya yang memang x pernah sampai ke tempat ini, dan xtau pun akan kewujudannya walaupun aku sendiri penduduk tetap di daerah Tawau Bumi Peladang yang tercinta ini....hihi...(macam melebih-lebih la pulak...:P). Pernah la satu kali tu aku terskodeng gambar orang dalam FB tengok gambar tempat yg aku maksudkan (cuma masa tu aku x sangka la pulak lokasinya di Tawau. dan ia berakhir begitu saja). Dah sampai ke lokasi barulah aku pasti ianya di TAWAU.
Untuk sampai ke Air Terjun Hutan Hujan Andrassy, petunjuk yang paling senang adalah simpang Ranggu. Apabila anda tiba di Ranggu, ambik simpang sebelah kanan dan teruskan perjalanan sehingga anda sampai ke SK Andrassy, Tawau. Seterusnya anda perlu teruskan perjalanan sehingga tiba ke pintu kawalan keluar-masuk ke Ladang Andrassy. Di situ anda perlu berhenti seketika untuk melaporkan tujuan anda masuk ke ladang tersebut.
Apabila anda dah melepasi pintu kawalan, teruskan saja perjalanan mengikut signboard yg telah disediakan...(kalau sesat pun, paling2 masih di Tawau gak..). Kalau aku nak cerita lebih detail, kang x pasal-pasal lak korang sesat ke ladang sawit, terus pi menombak...haha....Malas dah nak cerita panjang-panjang, bukan aku dibayar pun untuk mempromo tempat nih...haha..(apesal nih tetiba lak aku jadi mata duitan....hihi...gurau je :P). Okla untuk petunjuk yang seterusnya, korang tengoklah sendiri dalam gambar yek....
|
Apabila jumpa signboard ni, anda perlu melalui 300m lagi untuk sampai ke lokasi... |
|
Masa ni Assistant yg snap gambar dr dlm keta sebab aku tengah drive la... |
|
Pintu Gerbang sebelum masuk ke kawasan mandi manda.... |
|
Kadar bayaran masuk |
Jika tengok kepada kadar bayaran masuk ke kawasan ini, nampak seolah-olah mahal iaitu bagi Dewasa RM 8.00 manakala kanak-kanak pula sebanyak RM3.00. Sebenarnya ia kadar yang murah sebab ia dah dikira termasuk arang free kalau nak buat BBQ. Tetapi sekiranya anda ingin bermalam di sini, kadarnya RM16.00 bagi dewasa manakala RM10 bagi kanak-kanak. Terdapat dua bilik yang mana setiap bilik mengandungi katil bertingkat sebanyak 4 buah. Maknanya macam korang tinggal asrama jugakla sebab tu kadarnya murah....
|
Jom gambar-gambar dulu sebelum masuk.... |
|
Kalau berani, ciumla....hahaha.... |
|
Laluan masuk sebelum ke kolam dan air terjun.... |
|
Suasana kehijauan sepanjang laluan masuk.... |
|
Air Terjun Hutan Hujan Andrassy |
|
Tali yang berfungsi sebagai langkah keselamatan dari tergelincir... |
|
Pemandangan dari atas... |
|
Aktiviti berakit..... |
|
Air kelihatan keruh selepas hujan sehari sebelumnya... |
|
Model binaan seperti Tembok Besar China.... |
|
Jaket Keselamatan untuk sebarang kemungkinan.... |
|
Patung sensored !!! |
|
AWAS! 18SX - Aku pun x tau apa motifnya ada benda ni.... |
|
Dah puas mandi manda, masa untuk mengisi perut yang lapar.... |
|
Model2 Taman Safari....haha... |
|
X nak mandi air terjun, mandi manda di sini pun boleh.... |
|
Pelbagai tumbuhan herba dan bunga yang ditanam.... |
|
4 ekor patung panda yang setia menanti pengunjung.... |
|
Pintu gerbang mengucapkan 'selamat jalan' walaupun xda mulut...hihi.....:P |
Sekitar pukul 1.30 petang, aku dengan kaum kerabat keluar dari kawasan ini. Aktiviti riadah ini merupakan aktiviti kedua selepas trip ke KK semasa cuti sekolah pada tahun 2011. Next planning xtau la nak ke mana plak....Ke mana kaki melangkah, di situlah destinasinya...Tungguuuuuuuuuu......
4 comments:
wahhh.. hebatnye, dah ade blog sendiri.. :)
Pakchu pun buleh wat ape...hehe
Kalo Naik belon smpai x ke rainforest nie kekekek
sampai ke bulan pun buleh cik jazz....
Post a Comment