We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Thursday, December 29, 2011

OMBAK RINDU Melanda Tawau....

RABU, 28 Disember 2011 - Semalam, aku dengan 8 orang ahli keluarga yang lain meluangkan masa bersama untuk menyaksikan sendiri movie yang tengah meletup sehingga mencecah 10 JUTA dalam masa 2 MINGGU sejak ia mula ditayangkan di ibu negara...tak lain tak bukan, OMBAK RINDU. Kedatangan filem Ombak Rindu di Tawau memang sangat dinanti-nantikan oleh penggemar kaki wayang, kaki novel dan sama waktu dengannya.
Sejak Jumaat lalu, tayangan telah pun bermula di pawagam satu-satunya di Tawau iaitu STAR CINEPLEX. Ntahla siapa dulu yang merasmikan hari pertama filem ini ditayangkan...yang pastinya bukan aku. FILEM ini merupakan ADAPTASI daripada  novel Ombak Rindu hasil karya FAUZIAH AZHARI. filem ini telah pun menjadi KONTROVERSI di antara PENULIS novel dengan PRODUSER filem mengenai bayaran. Kisah itu anda boleh search kat web media / akhbar tempatan mahupun blog-blog yang ada di luar sana. 

| SINOPSIS |

OMBAK RINDU mengisahkan Izzah ( Maya Karin ), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka. 

Pada masa yang sama, pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut  kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta. di situlah dia berkenalan dengan Hariz ( Aaron Aziz ). Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran mila Amylia ( Lisa Surihani ), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagian Izzah dan Hariz. APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS ITU???...jeng..jeng..jeng....SAKSIKAN SELEBIHNYA DI PAWAGAM YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA...:P

| ULASAN AKU SELEPAS MENONTON |

PERTAMA :  TIDAK digalakkan membawa kanak-kanak mahupun remaja yang belum cukup umur atau belum nak berapa matang. Pada aku, adegan ranjang tu memang over. Takut-takut nanti budak remaja akan cepat terpengaruh ke arah gejala sosial.... *( bukan kita x tau lebih2 lagi budak2 sekarang ni terlalu advance berbanding budak zaman aku dulu). NAMUN, TERPULANG KPD IBU BAPA - mainkan peranan anda!

KE-2 : Sepanjang jalan cerita, aku TIDAK menitiskan air mata pun walau setitik, cuma sekadar bergenang je pada part2 tertentu..... *( adakah aku berHATI BATU???....OH TIDAK!!!!! haha...). Tapi filem LAGENDA BUDAK SETAN boleh buat air mataku menitis...itupun tengok kat TV je...huhu....

KE-3 : Anda TIDAK digalakkan terlalu EMOSI seolah-olah anda berada dalam pawagam seorang diri tanpa mempedulikan perasaan orang lain..macam pawagam tu anda yang punya...*( takut2 nanti mengganggu konsentrasi orang lain dalam menghayati watak. Kesianla kat orang lain yang hilang tumpuan disebabkan anda...sama-sama bayar lohhh...).

KE-4 : SYABAS kepada para BLOGGER dan MEDIA di luar sana atas liputan yang meluas sehingga berjaya menaikkan angka mencecah 10 JUTA dalam masa 2 MINGGU tayangan. Angka terkini aku pun x sure lagi...Angka inipun dah kira cukup HEBAT... *( harap PENULIS novel mendapat royalti yang setimpal dengan kutipan filem...yela penat2 perah idea nak karang cerita. Tanpa PENULIS, siapalah FILEM anda. Biarlah kedua-duanya dalam " win-win situation " ).

KE-5 : Aku bagi 5 BINTANG untuk filem ini dengan mengambil kira keterujaan orang ramai di luar sana, publisiti yang meluas, barisan pelakon yang mantap dan yang paling penting kutipan PULUHAN JUTA.... *( bila dah kaya tu, derma2lah kpd mereka yang memerlukan. Kalau ada yang mempersoalkan HALAL-HARAM tu biarlah ALLAH saja yang menilainya).

Sebagai penutup entri, di sini aku kongsikan  bukti kerTERUJAan warga Tawau pada filem OMBAK RINDU yg sempat dirakamkan menerusi hp. Moga TAWAU tidak dilanda OMBAK TSUNAMI..... Kepada yang malas ke pawagam, anda boleh download filem dari sini FREE download Ombak Rindu (baru pagi tadi terjumpa link ini). SELAMAT MENDOWNLOAD!!!

Ombak Rindu di Tawau pun meletup...- Hari ke-6 tayangan.
Sedang menunggu org2 keluar...(tayangan pukul 6.00++)
Special prize untuk hari RABU = RM5.00 only.....
Taha, ayah saudara Izzah...- kelihatan 2kepala melindungi skrin ( kes org blm abis masuk, filem dah stat....apedaa...)
klimaks cerita....
Detik-detik dramatik....
Scene memujuk....
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah....- luahan dari hati wanita
Detik-detik bahagia
Happy ending.....

 " redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah " -  bait-bait kata yang terkesan dihatiku......

^_^ sudah baca, sudilah komen...tq! ^_^

© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself !!! ^_~

No comments: