We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Saturday, January 14, 2012

SBPA Oh SBPA......


MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-


1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.


BERITA TERKINI 14 Januari 2012

SBPA Disemak Semula Secara Keseluruhan : Najib
PARIT BUNTAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula berdasarkan keseluruhan skim berkenaan.

Beliau berkata, semakan semula itu akan turut mengambil kira pandangan pihak yang tidak berpuas hati.
“Kita tidak usah pre-empt (buat tindakan awal) dulu. Apa keputusan kita akan tengok semula, di mana kita akan tengok berdasarkan pada skim keseluruhannya dan kita akan mendengar kalau ada mana-mana pihak yang rasa tak puas hati.

“Sama ada jumlah kenaikan terlalu kecil atau ‘parity’(setara) dengan kumpulan tertentu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 di sini hari ini.

Khamis lalu Najib mengumumkan SBPA akan disemak semula bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilaporkan berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Pasukan itu, yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April, untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sebanyak 600,000 penjawat awam sudah menandatangani surat tawaran skim SBPA sebelum ini.

Terdapat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lalu.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. – BERNAMA


Ulasan : SBPA ni aku dah tandatangani kali pertama pada 28 Disember 2011 TETAPI selepas beberapa hari kemudian, aku dimaklumkan bahawa ada borang yang salah telah kami tandatangani. Jadi aku dan beberapa lagi yang lain menandatangani borang SBPA untuk kali kedua pada 03 Januari 2012. Tup2 kita dikhabarkan lagi dengan berita terkini iaitu perlu semakan semula keseluruhan opsyen SBPA. - Apa ni??? Lain kali kalau buat skim, janganlah terburu-buru...Apapun, moga dengan semakan yang menyeluruh ini hasilnya nanti dapat memuaskan hati semua pihak dan semua kakitangan awam lebih berintergiti dan berakauntabiliti. Jangan nak bodek2 bos arrrr.......:P

p/s : Gaji Isnin nanti (16/01/2012) masih ikut opsyen SSM yer...Gaji skim SBPA tu kira tunggakan la. Anggapla itu tabungan diwaktu kering...hihi....

© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

No comments: