We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Monday, February 6, 2012

Insan Cemerlang

Assalam & good morning readers...

Dihening subuh tadi terdetik dalam hatiku, "Gagalkah aku dalam hidup?". Persoalan itu kubiarkan tergantung begitu saja sambil-sambil muhasabah diri. Setiap orang punya impian dan matlamat dalam hidupnya. Sejauh mana penilaian anda dalam kategori BERJAYA atau GAGAL dalam hidup anda, bergantung pada suatu benchmark yang telah anda tetapkan sendiri. Mungkin apa yang ada pada anda sekarang ini menjadi satu kejayaan di mata orang lain tetapi tidak pada anda.

Bagi aku, nak jadi insan cemerlang dua kata kunci utama iaitu BERJAYA di DUNIA dan AKHIRAT. Kejayaan dunia lebih kepada material yang memang sudah menjadi tuntutan sekarang ini. Semua orang berlumba-lumba dalam memperbaiki taraf kehidupannya. Bohonglah kalau anda kata anda tidak mengejar dunia. Sebab apa? Senang je jawapannya - KEMISKINAN boleh membawa KEKUFURAN. Islam memang menuntut umatnya berusaha. Nak berjaya dunia, maka usahalah ke arah itu.

Namun mindaku juga terfikir, berapa ramaikah di antara kita membuat persediaan untuk 'ke sana' kelak? Asas bekalan untuk BERJAYA di AKHIRAT tak lain tak bukan ---> SOLAT. Berapa ramai dikalangan kita solat 5 WAKTU? - SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK. Bila dah solat 5 waktu pula, berapa ramai orang yang jaga waktunya? Kalau nak kata tunggu tua baru solat, ajal maut tidak menunggu kita untuk bertaubat, tidak mengira tua atau muda.

Nak mulakan semua ini kena bermula sejak akar umbi. Maknanya, bagi ibu bapa yang ada anak, tanggungjawab anda untuk mendidik dan mengajar mereka. Jangan sampai anak umur dah baligh baru nak suruh solat. Alamat keras dan liatlah dia nak buat. Sebab itulah juga dikalangan kita yang dah matang pun asik lompang je solatnya. Itupun kalau buat. Yang langsung tak buat, lagilah parah. Sama-samalah kita berdoa, moga dibukakan pintu hidayah buat mereka yang tidak kenal tikar sembahyang. Selagi masih bernafas, belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.

"Solat tiang agama". Betullah. Kalau solat terjaga, secara tidak langsung boleh menghalang kita dari perbuatan mungkar. Kalau anda pula kata, "aku solat 5 waktu tapi sekali sekala masih juga buat perkara jahat ". - Bagi aku itu ujian dariNya untuk menilai sejauh mana keimanan seseorang. Janganlah selalu mencari macam-macam alasan kerana itu bekalan anda sendiri di dunia yang satu kelak. Alam itulah yang abadi untuk selama-lamanya. Alangkah bahagianya jika kita menjadi insan cemerlang yang berjaya di dunia dan akhirat. So, apa tunggu lagi? Jom berubah ke arah kebaikan, tinggalkan kemungkaran!
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah.. semoga kita sentiasa menuju ke arah kecemerlangan hidup d dunia dan akhirat.. amin

selamat pagi ndininety

N'dninety said...

mcm tu la npknya gen2merah..kita kena sllu muhasabah diri agar x terleka mengejar duniawi semata2...