We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Wednesday, March 14, 2012

Pertandingan Fotografi Hari Air Sedunia 2012


Pertandingan ini merupakan pertandingan fotografi yang ketiga yang pernah aku join di sekitarku. Pertandingan ini dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Kerja Raya, Institution of Engineers Malaysia Sabah dan Persatuan Jurugambar Professional Sabah sempena Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sabah pada 20 Mac 2012.

Dalam pertandingan tersebut,aku mempertaruhkan 4 keping gambar yang di ambil saat-saat pada hari terakhir tarikh tutup, 10 Mac 2012 sebelum 12 tengahari. Manakala 2 keping lagi tu penyertaan atas nama mymacik yang sporting. Tema gambar sudah tentulah " HARI AIR SEDUNIA ". Penyertaan pertandingan kali ini memerlukan ongkos iaitu : yuran penyertaan, disamping itu perlu mencuci gambar tersebut bersaiz 8R dan seterusnya di'burn' ke dlm cd/dvd.

Keputusan akan diumumkan pada 20 Mac 2012 nanti menerusi talian telefon atau email. Apapun keputusannya, kita tunggu dan lihat siapa gerangan yang bertuah kali ini. utk info lanjut, sila ke link ini - http://www.sabah.gov.my/air/wwdm.html
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: