We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Wednesday, March 14, 2012

Selamat Bercuti...Hooreyyyyy!

Cuti sekolah pertengahan semester 1 sudah pun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi budak-budak sekolah, sudah pasti seronok seketika sebab cuti seminggu macam-macam mereka boleh buat. Mungkin ada yang memanfaatkan cuti itu untuk mengulangkaji pelajaran khususnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. Ataupun sebaliknya, iaitu bercuti balik ke kampung halaman dengan kata lain bercuti sepenuhnya tanpa buku dan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru-guru mereka.

Bagi aku yang kerja makan gaji dari gomen, cuti ini bukan maksud berehat dari kesibukan kerja2 perkeranian, kerja hakiki mahupun cuti dari ke'tension'an di persekitaranku. Tapi cuti ini hanya bermaksud tidak perlu datang ke tempat kerja seperti rutin harian yang memerlukan bangun seawal jam 4.25 pagi. Ini kerana walaupun pada zahirnya cuti sekolah telah diisytiharkan dalam kalender takwim cuti sekolah, namun di sebalik tabir cuti itu kerja2 sekolah perlu di bawa balik ke rumah. Kalau nak harapkan kerja itu disiapkan di sekolah, harap maklumlah. Kadang-kadang hairan jugak kenapa ada segelintir masyarakat di luar sana yang mengatakan kerja guru ini - relax - kerja separuh hari - cuti sekolah banyak kali - dah la banyak kali, panjang plak tu...dan macam2 lagi la komen mereka.

Ntahla kenapa persepsi itu menjamu minda orang2 di luar sana. Kalau tak puas hati, meh datang sini tengok sendiri. Bagi aku, kerja-kerja itu aku bawa balik ke rumah adalah untuk mengurangkan keserabutan masaku apabila buka sekolah nanti. Walau di mana pun situasi anda berada, jangan asyik menyalahkan orang lain. Sesungguhnya manusia tiada yang sempurna. Belajarlah menerima kekurangan yang ada. Walaupun begitu, jangan mudah berputus asa sebelum mencuba.

Buat guru2 di luar sana, selamat menikmati sisa-sisa cuti yang ada. Buat pelajar2 pula, hargai masa yang ada dengan mentelaah buku. Jangan terleka sampai kerja rumah yang diberikan oleh guru tidak siap. Nanti, anda jugak yang dapat habuan baru padan muka..: P * warning buat ank didik *

SELAMAT BERCUTI...Hoooreyyyyy!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: