We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Friday, August 31, 2012

55 Tahun | Merdeka! Merdeka! Merdeka!.......


Hari ni cuti umum bagi rakyat Malaysia sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun. Semalam aku merancang untuk keluar menembak bunga api, sambil menanti tibanya detik 12.00 tengah malam, 31 Ogos 2012. Namun, segalanya terkubur begitu sahaja keinginan itu disebabkan aku masuk tidur sekitar jam 8.45 malam. Dengan harapan akan bangun pada jam 11 malam, setelah deal dengan my bodyguard kononnya akan keluar dari rumah sebelum jam 12 ke lokasi yang telah kami pilih. Nampaknya godaan bantal dan tilam lebih kuat untuk mengajakku terus tidur dan tidak bangun-bangun sehinggalah mentari pagi muncul.

Untuk mengubati sedikit kehampaan semalam, selepas mengemas rumah, aku ajak kedua-dua anak buahku turun ke bandar (dengan harapan melihat perbarisan...kononnya la....). Setibanya di area bulatan ice-box, aku menukar laluan apabila ku lihat jalan yang menuju ke highway telah ditutup untuk memberi laluan perbarisan dan perarakan. Aku sangkakan perarakan bermula lewat, jadi aku terus ke restoran yassin untuk mengisi perut kami dulu sebelum ke perkarangan MPT. 

Selesai bersarapan, kami terus menyeberang jalan menuju ke MPT. Nampak gayanya memang kami dah terlewat untuk menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan...sebab peserta perarakan dan perbarisan sudah pun mengambil tempat masing-masing di depan astaka MPT. Tanpa membuang masa, lensaku terus mencari sasaran. Sebenarnya setelah sekian lama aku tidak mengikuti sambutan hari kemedekaan. Entah aura apa yang memanggilku untuk menyaksikan pada pagi ini. 

Tempat ketiga kategori unit beruniform sekolah : KRS SMK Tawau II

Naib Johan : Pengakap Laut SMK Kuhara
 Setelah beberapa minit berada di situ, akhirnya pengumuman pertandingan perbarisan diumumkan. Sambil mendengar pengumuman keputusan pertandingan, dalam fikiranku timbul persoalan ---> kenapa budak-budak di sekolah tidak turut serta. Agaknya kalau mereka ikut, sudah pasti akan membawa pulang trofi kemenangan....i know u guys can do it! :). Dengan memberi jawapan sendiri, aku mengandaikan tiada bajet untuk bawak budak2 ini turun ke bandar. Dan aku terlepas pandang tentang perkara ini sebelumnya. Agaknya jika aku terfikir dari awal, mungkin aku boleh tolong
carikan sponser. Itupun kalau budak2 itu berminat....:D

Berikut Keputusan Perbarisan Sambutan Kemerdekaan yang ke-55 Tahun Peringkat  Perbandaran Tawau :
Kategori Unit Beruniform Sekolah
Johan - Kor Kadet Polis SMK Tawau.
Naib Johan - Pengakap Laut SMK Kuhara
ketiga - KRS SMK Tawau II
Naib Johan : Kolej Kejururawatan Tawau
Kategori Badan Korporat
Johan - Benta Wawasan Sdn. Bhd.
Naib Johan - Kolej Kejururawatan Tawau

Johan : Benta Wawasan Sdn. Bhd.














 
Kategori Badan Kerajaan
Johan - Jabatan Penjara Tawau
Naib Johan - Jabatan Pertahanan Awam Tawau
Ketiga - RELA Tawau

Johan : Jabatan Penjara Tawau
Naib Johan : JPAM (Tawau)
Ketiga : RELA Tawau
Oklah..x nak buang masa tanganku menekan keyboard dengan lebih lama (sememangnya aku rasa malas menaip panjang2 sebenarnya). Tapi sebelum ku tutup tirai sambutan kemerdekaan,  aku ingin berkongsi sedikit perasaan terkilan dan bengang pada hari ini. Sejurus acara tamat, aku kembali ke kereta yang parking di barisan hadapan restoran Ali T****. Setibanya di kereta, anak buah memberitahuku bahawa kereta telah dicalar pada bahagian pintu hadapan sebelah driver. $#@#@$^&(^$!$$^*!*(&^^(_*$;'(...... 

Sungguh tidak kusangka dalam kita mengecapi nikmat kemerdekaan, ada jugak manusia yang belum merdeka minda dan tingkahlakunya...Kalau la aku jumpa manusia vendalisme itu, akan ku brain wash dia habis-habisan sampai puas. Syukurlah kau terlepas wahai manusia perosak. Sampai masa, pasti engkau akan tertangkap...kalau bukan tertangkap olehku, pasti orang lain. Bagi mereka di luar sana yang berkeinginan sedemikian rupa, fikirlah 2, 3 kali sebelum buat. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.
MERDEKAkan MINDA anda sebagai pembuat ONAR!!!

merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka ! merdeka !!!



© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

No comments: