We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right...

Saturday, August 25, 2012

Tablet Oh Handphone!

Dunia cyber tanpa sempadan...
Zaman millenium ini kalau tidak terdedah dengan alat telekomunikasi, memang tidak sah. Tidak kira samada duduk ceruk hutan sekalipun, pasti akan guna alat yang boleh menghubungkan dengan dunia luar dengan lebih pantas. Lebih-lebih lagi syarikat telekomunikasi berlumba-lumba dengan pelbagai promosi khusus untuk pengguna....(promosi je lebih tapi perkhidmatan hampeh!...sorry to say tapi memang itu yang berlaku ke atas diriku, malah pengguna lain pun terasa sedemikian) :(

Kalau itu cerita tentang talian, yang ni pulak aku nak cerita pasal gadget. Boleh dikatakan aku juga salah seorang daripada pengguna gadget yang mengikuti arus kemodenan bidang telekomunikasi. Sejak bekerja, boleh dikatakan aku sering menukar atau menambah koleksi gadget yang ada. Walau bagaimanapun, aku bukanlah pengguna gadget yang tegar...(agak2 la....harga pun bukannya satu dua kupang...hihi). Tapi pembelianku bergantung kepada keperluan dan keselesaan. 

Dipendekkan cerita, tablet yang pertama aku guna adalah SAMSUNG GALAXY TAB P1000. Aku beli pun sebab ambik pakej CELCOM, sekali dengan talian internet (murah sikit dari harga pasaran semasa). Masa tu aku bukanlah pengguna tab yang latest sebab aku tunggu beberapa bulan harga turun baru plan beli...kiranya keinginan masa tu masih boleh ditahan2. Tak sampai setahun aku guna, dah puas pakai dan terasa ingin bertukar kepada saiz yang lebih kecil, aku beralih kepada SAMSUNG GALAXY NOTE. Jika dilihat, aku lebih setia kepada jenama Samsung. Mungkin disebabkan faktor aplikasi yang menggunakan ANDROID, yang aku rasa lebih mesra pengguna dan terlalu mudah install aplikasi yang diperlukan. Semuanya dihujung jari.

Namun begitu, sepanjang aku menggunakan barang Samsung ni, dah 2 kali aku kena MASALAH pada tablet yang pertama mahupun tablet yang kedua. Recharge problem. Kalau kali pertama dulu, aku sendiri bawak tab tu ke Samsung Customer Servive di Karamunsing, KK. Kebetulan ada urusan, transit di KK. Setelah setengah jam berurusan, dia memberitahu aku masalah sedemikian boleh diatasi dengan upgrade software. Seperti yang dijanjikan, sebelah petangnya aku ke sana semula untuk menuntut tabku yang diservis. Masalah selesai. Now, tab itu sudah berpindah milik dengan macikku di Wawasan. Gudbai my 1st tab....

Tablet kedua, NOTE. Baru 4 bulan aku pakai. Masalah timbul seperti tab lamaku dulu, RECHARGE PROBLEM. Sekali-sekala kesabaran tercabar apabila keadaan mendesak untuk menghubungi orang-orang di sekelilingku, sedangkan noteku meragam. Sabar ajela.... :'(
Sedikit kelegaan apabila rakan yang bekerja di KK sudi menolongku untuk menghantar ke pusat servis Samsung di Karamunsing. Masih under warranty, so better aku hantar ke sana dulu untuk servis berbanding hantar ke kedai C** yang kurang bertanggungjawab itu.

Walaupun dah 2 kali kena problem yang sama, tapi aku masih belum serik untuk menggunakan jenama Samsung. Dahla Apple pun nak saman Samsung...huhuhu...Nasibmu la Samsung. Saman jangan tak saman...Bagiku Samsung ada keistimewaan sendiri. Sebab tu jualan meletop berbanding Apple.  Itu spekulasiku sendiri. Walaupun pada hakikatnya ada sedikit kelemahan pada gadget2nya....

Agaknya dah nasib aku kurang baik sebab dalam masa yang sama handphone N8 pun rosak. So xdela back up untuk line 019 dan tenetku buat sementara waktu. Mungkin N8 dah merajuk dengan tuannya. Untuk memujuk hati sendiri, maka N8 pun dihantar ke kedai untuk servis. INSERT SIMKAD PROBLEM. Itu yang tokey Cina tulis dalam resit. Hanya tunggu masa untuk dikoling, baru boleh ambik.

Dengan ketiadaan tablet dan handphone, sedikit sebanyak aku terputus hubungan dengan dunia luar. Ini kerana dah menjadi rutin harianku mengakses internet dalam sehari mahupun mengkoling2. So, kepada yang tak dapat menghubungi incik celcomku, pls leave ur message through my fb. Ada kesempatan online ihsan  "wifi sebelah rumah", akan ku reply. Harap maklum.


Fenomena Samsung Galaxy Tab di Hari Raya



© lOv3 fiN3r thiN6s 0f liv3 | Hargailah kehidupan...Just Be Yourself!

2 comments:

sahabatxtra said...

kih3x.... kesian... xpa... cubaan 2.. menguji kesabaran.. hehe

N'dninety said...

apa nak buat dah nasib badan....sabau ajela.....:D:P